mutakhir

'Tiada beza pun'

Oleh Manirajan Ramasamy dan Nur Lela Zulkipli

Petaling Jaya: Parlimen Seri Setia tidak memerlukan parti pembangkang bagi proses semak dan imbang.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar berpendapat parti pembangkang hanya mempunyai lima suara di dewan negeri.

“Hanya ada kira-kira lima wakil rakyat di Exco Negeri Selangor. Adakah anda fikir, wujud perbezaan (pada pembangkang) antara menjadi suara rakyat dan sebagai semak dan seimbang?” katanya mengulas keinginan parti pembangkang menjadi sebahagian daripada proses semak dan seimbang di Seri Setia.

Beliau ketika ditemui di pusat operasi PH untuk PRK Seri Setia, di sini, semalam, berkata, rakyat juga harus sedar bahawa Selangor dan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya berada di bawah PH.

PRK Dun Seri Setia pada 8 September depan bakal menyaksikan pertembungan antara Halimey dan calon Pas, Dr Halimah Ali.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Prof Dr Shaharuddin Badaruddin meninggal dunia 2 Ogos lalu akibat kanser.

Dr Halimah sebelum ini menyatakan hasratnya menjadi mekanisma ‘semak dan seimbang’ rakyat bagi kerajaan Selangor.

Oleh itu katanya, beliau memerlukan sokongan daripada pengundi, terutama belia, untuk memilihnya tanpa menghiraukan parti yang diwakili.

Dr Halimah yang juga bekas ahli Exco Selangor, berkata terdapat keperluan untuk suara pembangkang yang kuat di dalam Dewan Undangan Negeri untuk memastikan terdapat proses semak dan seimbang di peringkat kerajaan negeri.

Halimey berkata, berada di peringkat negeri dan persekutuan, PH mempunyai suara yang jauh lebih kuat berbanding suara pembangkang yang tidak akan menampakkan perbezaan.

Oleh itu, beliau menggesa pengundi di Seri Setia melaksanakan hak mereka dan mengundinya pada hari pengundian untuk melihat perbezaan dimaksudkan.

Disiarkan pada: August 24, 2018 @ 11:14am
d