mutakhir

Siapa rembat Ford Ranger aku?

Oleh Mohd Rizal Abdullah

HILANG lenguh, dapat 'bala', itu nasib lelaki apabila kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger miliknya lesap selepas dia berurut di pusat urut di Marina Bay di Miri, kelmarin.

Kejadian disedari pada 10.30 malam selepas mangsa berusia 39 tahun selesai mendapatkan khidmat urut selama sejam di pusat urutan itu.

Menurut sumber, pengurus syarikat elektronik itu mendakwa kenderaannya diletak berhampiran pusat urut berkenaan dalam keadaan berkunci.

Sumber itu berkata, mangsa kemudiannya masuk ke dalam pusat urutan pada 9.30 malam dan keluar sejam kemudian.

"Mangsa tergamam apabila mendapati kenderaannya yang diparkir di kawasan itu lesap.

"Mangsa cuba mencari di kawasan sekeliling dengan harapan tersilap lokasi parkir, bagaimanapun, masih tidak menemui kenderaannya," katanya.

Katanya, mangsa kemudiannya ke Balai Polis Pusat Miri untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan itu dan kes disiasat mengikut

Disiarkan pada: August 24, 2018 @ 3:17pm
d