mutakhir

[UPDATE] Khidmat sementara waktu sahaja

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

BEKAS Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjadi pegawai pengiringnya hanya berkhidmat untuk sementara waktu.

Hishamuddin berkata, beliau sudah menawarkan ketiga-tiga anggota terbabit untuk bekerja dengannya sekiranya mereka meletak jawatan.

“Mereka cukup rapat dengan saya sekeluarga dan sudah berkhidmat sekian lama. Mereka (berkhidmat) dengan saya hanya sementara.

“Saya sudah menawarkan kerja, tetapi jika mereka terima maka mereka harus berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan menyiasat dakwaan tiga anggota khas ATM yang masih menjadi pengiring kepada Hishammuddin.

Menterinya Mohamad Sabu menerusi Facebook miliknya dilaporkan sudah mengarahkan siasatan dilakukan segera terhadap dakwaan itu.

Berita berkaitan

MINDEF siasat tiga 'pengiring' Hishammuddin...

Disiarkan pada: August 26, 2018 @ 12:59am
d