mutakhir

'Patut dah lama tamat tugas'

Oleh Wartawan NSTP

TIGA anggota Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah ditamatkan penugasan sebagai pengiring rapat kepada bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ia disahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Awam -J17, Markas ATM, menerusi kenyataan hari ini.

Berdasarkan kenyataan sama, pihak markas ATM menyahut kenyataan diberikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, bagi melaksanakan siasatan terhadap dakwaan itu.

Katanya, ATM akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan semua anggota yang masih berkhidmat tidak melaksanakan apa jua tugasan dengan pihak yang tidak mempunyai hak dan kaitan berdasarkan peraturan semasa.

“Dalam masa sama, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana anggota sekiranya mereka didapati melanggar perintah dan peraturan semasa,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan akan menyiasat dakwaan tiga anggota khas ATM yang masih menjadi pengiring kepada Hishammuddin.

Berita berkaitan

[UPDATE] Khidmat sementara waktu sahaja

MINDEF siasat tiga 'pengiring' Hishammuddin...

Disiarkan pada: August 26, 2018 @ 3:00pm
d