mutakhir

Pertahan roboh sekatan

Oleh Ramli Ibrahim

Gua Musang: Lebih 300 penduduk Orang Asli sedia berkumpul di tiga sekatan jalan balak bagi mengelak kemungkinan kejadian meroboh sekatan itu hari ini.

Mereka dikatakan menempatkan 100 penduduk di sekatan di Kampung Cawas, Pos Bihai, Kampung Kaleg, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wok, Pos Pasik.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustafa Along berkata, pihaknya dimaklumkan pihak berkuasa akan meroboh sekatan berkenaan.

Katanya, bagaimanapun tindakan penduduk Orang Asli itu bukan menentang tindakan pihak berkuasa.

“Sebaliknya, Orang Asli mahu pertahankan tanah adat mereka daripada diceroboh pembalak.

“Kami tetap pertahankan termasuk bina semula sekatan selepas diroboh,” katanya.

Mustafa mengakui berbincang dengan pelbagai pihak sebelum ini berhubung isu pembalakan di tanah adat itu, tetapi belum ada jalan penyelesaian.

Disiarkan pada: August 27, 2018 @ 11:27am
d