mutakhir

'Kan dah kena...'

Oleh Poliana Ronnie Sidom

KANAK-KANAK berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir sejam selepas terperangkap dalam bahagian pengering mesin basuh di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Manila, Batu 12 di Sandakan, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kanak-kanak lelaki terbabit, Mohd Azam Razlan dipercayai bermain di mesin basuh berkenaan sebelum termasuk ke bahagian mesin pengering.

Ahli keluarganya kemudian dikatakan meminta bantuan jiran untuk mengeluarkan mangsa, namun gagal sebelum menghubungi bomba.

Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Sandakan, Anddre Andrew berkata, bomba menerima panggilan pada jam 10.43 pagi dan menghantar tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan mangsa dengan memotong bahagian pengering menggunakan peralatan khas.

"Kanak-kanak terbabit cuma mengalami lebam di bahagian kaki. Operasi tamat pada jam 11 pagi," katanya.

Disiarkan pada: August 27, 2018 @ 2:50pm
d