mutakhir

'Tak mengaku rogol kekasih'

Oleh Muhamaad Razis Ismail

SEORANG remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini terhadap dua tuduhan merogol kekasih bawah umur, empat tahun lalu.

Remaja itu yang berusia 18 tahun membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Machang, pada November 2014.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di lokasi sama pada Januari 2015.

Kedua-dua kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang dihukum mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlinawati Mohd Arshad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Norazlinawati tidak menawarkan jaminan berikutan tertuduh dan mangsa saling mengenali.

Tertuduh bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kerana perlu menjaga bapa yang sakit.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 September 2018 untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: August 28, 2018 @ 3:08pm
d