mutakhir

Maut kereta rempuh pokok

Oleh Teoh Pei Ying

SEORANG lelaki maut selepas kereta dipandu melanggar pokok di Jalan USJ 3A, di Subang Jaya, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, mangsa, Chia Wei Yi, 21, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.50 tengah malam tadi.

“Seramai lapan pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah kereta Proton Wira melanggar pokok di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini,

Mohd Rizal berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa terbabas sebelum melanggar pokok di lokasi terbabit.

“Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

“Kes diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Disiarkan pada: August 30, 2018 @ 9:08am
d