mutakhir

Porsche siapa yang hangus ni?

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

KERETA mewah jenama Porsche musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kilometer 36 Jalan Naik Genting Highlands, di Genting Highlands, malam tadi.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Shukor Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9 malam.

"Seramai tiga anggota APM termasuk dari Pasukan Bantuan APM Genting Highlands dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi mendapati, api sedang marak sebelum beberapa anggota Fire Rescue Unit dari Genting Highlands berjaya memadamkan kebakaran beberapa minit kemudian," katanya.

Shukor berkata, ketika kejadian, pemandu dan penumpang kereta berkenaan tiada di lokasi.

"Bagaimanapun, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini," katanya.

Disiarkan pada: August 31, 2018 @ 5:33pm
d