mutakhir

Treler bawa kereta terbabas

Oleh Muhammad Apendy Issahak

TRELER membawa muatan kereta terbabas dan melintangi laluan di Kilometer 363.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Slim River, hari ini.

Kejadian 4.30 petang itu mengakibatkan kesesakan teruk selama hampir tiga jam akibat semua laluan menuju utara terhalang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kemalangan itu tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan hanya membabitkan sebuah lori membawa muatan kereta yang terbabas dan melintangi laluan.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan semua lorong ditutup susulan kemalangan itu bagi kerja pengalihan kemalangan dilakukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, PLUS melalui Twitter melaporkan kesesakan sejauh 7km arah utara dan 2km arah selatan sebelum laluan kembali lancar selepas treler terbabas itu dialihkan pada 7.13 malam.

Disiarkan pada: August 31, 2018 @ 11:00pm
d