mutakhir

Pengawal keselamatan maut ditembak

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

SEORANG pengawal keselamatan maut dipercayai ditembak dalam kejadian di dalam pos kawalan di sebuah kilang di Seri Iskandar, malam ini.

Lelaki Orang Asli berusia 37 tahun itu dipercayai ditembak di dada oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: August 31, 2018 @ 11:04pm
d