mutakhir

Dua premis diperiksa hari pertama SST [METROTV]

Oleh HM Digital

Shah Alam: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memeriksa dua premis di Selangor selaras dengan pengenalan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) semalam.

Dua premis itu masing-masing di Proton Edar Sdn Bhd (Centre of Excellent Complex) Subang Jaya dan Universal NutriBeverage Sdn Bhd, Seksyen 16 di sini.

Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Jamil Salleh berkata, pemeriksaan Operasi Catut 5.0 itu dijalankan serentak seluruh negara.

“Kita sedia maklum SST mula dilaksanakan hari ini (semalam) cukai satu peringkat iaitu bagi sektor pengilangan berbanding GST,” katanya.

Disiarkan pada: September 2, 2018 @ 12:23am
d