mutakhir

Husam Musa kini senator

Oleh BERNAMA

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran.

Husam yang dipilih oleh kerajaan Persekutuan sepatutnya mengangkat sumpah minggu lalu tetapi ditunda kerana menunaikan haji.

Isnin lalu, 12 orang mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara antaranya Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR, Ismail Yusop; Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh; Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying dan bekas Anggota Parlimen Balik Pulau PKR, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Sementara itu, Vigneswaran turut berpesan kepada senator baharu yang dilantik agar melaksanakan proses demokrasi berlandaskan sifat keperibadian tinggi dengan pemikiran terbuka serta rasional.

Disiarkan pada: September 3, 2018 @ 11:31am
d