mutakhir

Ayra perlu lagi RM60,000

Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: “Doktor kata lagi cepat lagi bagus (rawatan ke China) kerana keadaannya semakin teruk dan boleh mengancam nyawa.

“Bagaimanapun, kami masih kurang RM60,000 untuk menampung kos rawatan ke China,” kata Mohd Nor Faiz Sakariah, 30, bapa Nur Ayra Humaira, 2, penghidap cryptogenic liver cirrhosis atau masalah hati kronik.

Harian Metro 24 Ogos lalu melaporkan Nur Ayra Humaira memerlukan RM200,000 bagi menampung kos pemindahan hati di Hospital Renji, Shanghai, China.

Mohd Nor Faiz berkata, keadaan anak bongsu daripada dua beradik itu kurang memuaskan dan pakar perubatan mengesyorkan pemindahan hati disegerakan.

“Sekarang Nur Ayra selesema dan dipantau di Wad Pediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kami dijangka berangkat ke China 10 atau 15 September ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, ketika ini mereka sekeluarga hanya mengumpul RM140,000.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank milik Mohd Nor Faiz, 508065615753.

Disiarkan pada: September 5, 2018 @ 10:11am
d