mutakhir

JKM cari waris bayi

Oleh Noor Azurin Mohd Sharif

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu bapa kandung atau waris kepada bayi lelaki berusia dua bulan.

Bayi berkenaan dilahirkan pada 8 Julai lalu di Hospital Melaka, sebelum ditinggalkan ibu kandungnya, Nor Hidayah Nor Bakri, 26, yang dipercayai melarikan diri.

Nor Hidayah sebelum ini beralamat terakhir di Jalan MP3 Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.

Pegawai JKM, Noraini Jaffar, dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, bayi itu ditempatkan di wad nurseri Hospital Melaka kerana mengalami masalah pernafasan dan kurang berat badan.

"Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik orang ramai yang mengenali dan dapat mengesan waris bayi berkenaan bagi urusan pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sesiapa yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai JKM atau Pelindung Kanak-Kanak Melaka Tengah di talian 06-2324797 atau 06-3333333,"katanya.

Disiarkan pada: September 5, 2018 @ 12:17pm
d