mutakhir

ATM hangus

Oleh Faris Fuad

TIGA unit mesin pengeluaran wang automatik (ATM) terbakar sepenuhnya di dalam premis telekomunikasi di Jalan Evenue 1A, Taman Muhibbah, Kajang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya berjaya memadam kebakaran premis itu yang berkeluasan 12 kaki persegi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.30 pagi.

“Balai Bomba Kajang mengerahkan seramai enam anggota dan tiga jentera bagi menangani isu berkenaan.

“Satu hos bomba digunakan untuk memadam api yang marak itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: September 6, 2018 @ 9:10am
d