mutakhir

9 peratus dah keluar mengundi di Balakong

Oleh Fahmy Azril Rosli

JUMLAH keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Balakong mencatatkan sembilan peratus setakat 9 pagi , hari ini

Statistik itu dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

SPR menganggarkan antara 70 hingga 80 peratus pengundi akan keluar menunaikan kewajipan mereka di PRK Balakong.

Sebanyak 16 pusat pengundian dengan 128 saluran bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong seawal 8 pagi lagi.

Sebanyak 14 sekolah dan dua dewan dijadikan pusat pengundian bagi PRK DUN Balakong.

Kesemua pusat pengundian akan ditutup pada 5.30 petang ini.

Disiarkan pada: September 8, 2018 @ 10:19am
d