mutakhir

7 cedera dilanggar kereta

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TUJUH lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan cedera selepas kereta terbabas di perhentian bas di Jalan 5/1 Sepah Puteri Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, 8.45 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kemalangan berlaku dipercayai akibat kereta dipandu lelaki tempatan terbabas kerana mahu mengelak bas yang sedang berhenti.

“Kereta itu kemudian melanggar mangsa yang sedang menunggu bas di perhentian terbabit.

“Semua mangsa yang cedera termasuk pemandu kereta itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Gambar: Ihsan polis

Disiarkan pada: September 8, 2018 @ 11:33am
d