mutakhir

18 pusat pengundian PRK Seri Setia ditutup

Oleh Rohaniza Idris

KESEMUA 18 pusat pengundian dengan 115 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia secara rasmi ditutup pada 5.30 petang.

Perkara itu disahkan jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika dihubungi.

SPR juga mengesahkan sehingga 4 petang tadi, 41 peratus daripada jumlah pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.

Peratusan sebenar yang keluar mengundi akan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain ketika pengumuman kemenangan, malam ini.

Lagi berita PRK Balakong dan Seri Setia

Disiarkan pada: September 8, 2018 @ 6:26pm
d