mutakhir

Dua maut, jambatan runtuh

Oleh Azahar Hashim

DUA lelaki meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai apabila sebuah jambatan di Serdang, Bandar Baharu, runtuh, malam tadi.

Bagaimanapun, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 10.15 malam.

Menurutnya, anggota polis dan pihak bomba yang menerima maklumat berhubung kejadian terbabit kemudian bertindak mencari mangsa.

“Pasukan keselamatan kemudian menemui sebuah motosikal dan topi keledar di tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa.

“Mayat kini dalam proses untuk dibawa keluar," katanya ketika dihubungi NSTP.

Disiarkan pada: September 11, 2018 @ 12:22am
d