mutakhir

Budak perempuan dikhuatiri lemas

Oleh Abdul Rahemang Taiming

KANAK-KANAK perempuan berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Kalabakan di Kampung Atur Maju Cheros, Tawau, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa Nur Aliyah Ansar, 8, dipercayai lemas ketika mandi di sungai itu sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata setakat 2 00 petang hari ini, mangsa masih belum ditemui.

Beliau berkata, SAR dilakukan membabitkan Pasukan Polis Marin (PPM) dan bomba serta dibantu penduduk kampung.

“SAR masih diteruskan dan dijangka akan dihentikan pada 6 petang dan operasi diteruskan semula pagi esok sehingga mangsa ditemui,” katanya.

Disiarkan pada: September 11, 2018 @ 6:09pm
d