mutakhir

Hayati falsafah dalam Perlembagaan Madinah

Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Ipoh: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah supaya umat Islam dan rakyat negara ini menghayati falsafah yang terkandung dalam Perlembagaan Madinah bagi mengukuh perpaduan serta mewujudkan kemakmuran negara.

Baginda bertitah, Piagam atau Perlembagaan Madinah digubal dengan wawasan yang jauh mengunjurkan realiti komposisi penduduk dunia yang bakal dihadapi pada masa hadapan.

Titah baginda, ia juga digubal dalam semangat yang memahami seruan yang terkandung di dalam al-Quran, dengan menerima hakikat ciptaan Ilahi, di samping berusaha memahami muslihat yang terselindung di sebalik kebijaksanaan Allah SWT mencipta penganut agama yang pelbagai.

Baginda bertitah pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1440 peringkat negeri bertemakan ‘Perpaduan Ummah dan Penyatuan Rakyat’ di sini, semalam.

Mencemar duli Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Disiarkan pada: September 12, 2018 @ 10:58am
d