mutakhir

Saya sudah 'move on' - Zuraida [METROTV]

Oleh Fazrik Kamarudin

KETUA Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menganggap segala isu membabitkan pengosongan kerusi Parlimen Port Dickson sudah terjawab dan mahu menumpukan kepada usaha untuk membantu kerusi itu kekal milik parti.

Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, selaku seorang yang setia dengan parti, beliau mahu terus berjuang.

“Saya seorang yang setia dengan parti. Oleh itu saya sudah ‘move on’, saya tidak mahu lagi melihat ke belakang, saya mahu bergerak ke depan.

“Apa yang sudah berlaku, biarkan ia berlalu, dan saya harap ia tidak akan berulang, pendirian saya kekal sama, saya seorang yang profesional dan semua perkara perlu mengikut proses,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO yang sedia membantu kempen Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zuraida berkata, ia terpulang kepada mereka.

“Kalau mahu tolong, tolonglah, kalau mereka sukarela, saya pun sukarela, di dalam politik, kita tidak tahu apa ketentuannya.

“Saya akan tunggu tarikh pilihan raya. Sebagai anggota parti saya akan terus berjuang untuk parti,” katanya.

Disiarkan pada: September 14, 2018 @ 5:28pm
d