mutakhir

Meninggal dunia sakit jantung

Oleh Sharifah Mahsinah Abdullah

PENGURUS Pengedaran dan Jualan NSTP Negeri Kelantan Saifuzzaman Jaafar meninggal dunia akibat serangan sakit jantung, malam tadi.

Arwah yang berusia 47 tahun menghembuskan nafas terakhir di samping isteri, Azlinni Ariff dan tiga anak di rumah mereka di Taman Telok Baru, Kota Bharu pada 10 malam.

Jenazah Saifuzzaman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Guchil Bayam, pada 10.30 pagi hari ini.

Saifuzzaman mula berkhidmat dengan NSTP pada 2000.

Sebelum itu, jenazah arwah disembahyangkan di rumah ibu mentuanya di Lorong Minyak Gas.

Kira-kira 50 ahli keluarga dan rakan hadir memberi penghormatan terakhir kepada arwah.

Disiarkan pada: September 16, 2018 @ 10:23am
d