mutakhir

Warga asing maut ditetak

Oleh Hasbi Sidek

LELAKI dipercayai warga asing maut ditetak di kawasan semak dekat Kampung Berembang Hulu, Ampang, awal pagi hari ini.

Dalam kejadian 3 pagi itu, mangsa dikatakan ditetak di bahagian muka dan leher, sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya belum dapat mengenalpasti identiti mangsa, namun maklumat awal mendapati mangsa adalah warga asing.

“Polis menerima maklumat berhubung kejadian sebelum pegawai penyiasat dan pasukan forensik bergegas ke lokasi.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti identiti mangsa kerana tidak menemui sebarang dokumen pada badannya selain usaha memburu suspek giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Disiarkan pada: September 18, 2018 @ 10:12am
d