mutakhir

[UPDATE] Reman 2 suspek samun kedai dobi disambung

Oleh Omar Osman

TEMPOH reman pasangan suami isteri yang terbabit dalam kejadian samun di kedai dobi layan diri dan kedai runcit 24 jam di Bandar Puteri Jaya serta Taman Ria, Sungai Petani, minggu lalu, disambung lima hari lagi.

Perintah lanjutan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Balkhis Abdul Halim, bermula hari ini hingga 24 September bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 21 tahun dan isterinya, 32, ditahan polis, Khamis lalu selepas mereka dibawa ibu suspek supaya menyerah diri sebelum direman enam hari sehingga hari ini.

NSTP sebelum ini melaporkan seorang daripada dua lelaki yang terbabit dalam kejadian samun di kedai dobi dan kedai runcit 24 di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria ditahan polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD ) Kuala Muda dan turut ditahan isteri suspek.

Suspek dan rakannya menjadi ‘popular’ dan tular di media sosial apabila tindakan mereka dirakam kamera litar tertutup ( CCTV) yang terdapat di dua premis terbabit.

Seorang lagi rakan suspek ditahan di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Ahad lalu dan kini direman enam hari untuk membantu siasatan.

Berita berkaitan

[UPDATE] Kes samun kedai dobi selesai

[UPDATE] Satu lagi pun kantoi...

Suspek samun kudung kaki rupanya [METROTV]

[UPDATE] Polis cari Muhammad Asmuhairyl pula...

[UPDATE] Saya mahu dia insaf - ibu suspek

''Haa...tau pun takut!''

'Ganasnya kau bro...!'

Disiarkan pada: September 19, 2018 @ 2:33pm
d