mutakhir

Pengsan ketika turun bukit

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

AKIBAT terlalu penat, seorang remaja perempuan pengsan ketika menuruni bukit di Jalan Cangkat, Bukit Indah, di Ampang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa, Anis Nabillah Khairil Anuar, 17.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohd Rizal Buang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.48 pagi.

“Seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendaki bukit terbabit sebelum menemui mangsa pada jarak kira-kira 400 meter dari kaki bukit,” katanya ketika dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rizal berkata, mangsa dikatakan mendaki bersama ibu dan rakannya kira-kira 8 pagi.

“Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan turun, mangsa dalam keadaan tidak bermaya sebelum pengsan.

“Kerja mencari dan menyelamat mangsa bermula pada jam 10.15 pagi. Mangsa kemudian ditemui di lokasi berkenaan pada jam 10.41 pagi dalam keadaan sedar, namun lemah," katanya.

Katanya, mangsa dibawa turun menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: September 23, 2018 @ 8:49am
d