mutakhir

Lelaki maut jatuh bangunan

Oleh Hamzah Osman

LELAKI maut selepas terjatuh dari bangunan sebuah pusat beli-belah di Langkawi, tengah malam tadi.

Mangsa berusia 28 tahun yang menetap di Taman Seri Berlian ditemui dalam keadaan tertiarap di kawasan letak kereta pusat beli-belah itu pada jam 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, mayat mangsa ditemui orang awam yang kemudian melaporkannya kepada polis.

“Laporan awal menyatakan terdapat kejadian orang jatuh bangunan di kawasan letak kereta di belakang bangunan sebuah pusat beli-belah.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Disiarkan pada: September 25, 2018 @ 11:23am
d