mutakhir

Abang 'sado' diperintah bela diri

Oleh Avila Geraldine

SEORANG ahli bina badan Sabah diarah membela diri oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini, atas pertuduhan pindaan melakukan peras ugut sehingga menyebabkan ketakutan terhadap seorang lelaki.

Majistret Afiq Agoes membuat keputusan itu terhadap Mark Allan Magindol, 39, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Beliau menetapkan 2 November depan untuk tertuduh membela diri.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, tertuduh melakukan pemerasan dan menyebabkan ketakutan terhadap Jude Carl Jefren di Gym Bundle Donggongon, Penampang, pada 7 Oktober tahun lalu.

Lelaki itu yang juga penolong pegawai penguat kuasa dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kota Kinabalu

didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Nur Hidayah Mahzan, manakala tertuduh diwakili peguam Safrin Saleh dan Korventt Wheezar E Jomiji.

Disiarkan pada: September 25, 2018 @ 3:51pm
d