mutakhir

Orang bagi nasihat pun marah...

Oleh Mohd Rizal Abdullah

LELAKI amuk gara-gara tidak tahan mendengar nasihat abangnya, kelmarin.

Dalam kejadian 11 pagi di rumah abangnya di Jalan Riam, Miri itu, suspek berusia 40-an turut mengugut mahu membelasah abangnya berusia 52 tahun menggunakan batang besi.

Sumber memberitahu NSTP, kejadian berpunca selepas suspek panas telinga ’disekolahkan’ abangnya berkaitan sikap dan perangai suspek.

“Suspek dikatakan terbabit dalam penyalahgunaan dadah, selain malas bekerja dan banyak mendatangkan masalah kepada keluarganya

“Disebabkan tidak tahan mendengar nasihat, suspek tiba-tiba mengamuk lalu mengancam untuk membelasah abangnya itu,” katanya.

Katanya, kejadian itu bukan kali pertama, tetapi suspek sering mengamuk sebelum ini malah sering mengancam abangnya bersama keluarga.

“Bimbang dengan perbuatan suspek, abangnya nekad membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Pusat Miri,” katanya

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan laporan itu kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Disiarkan pada: September 25, 2018 @ 4:15pm
d