mutakhir

Gembira BN tak bertanding

Oleh Rohaniza Idris dan Syed Umar Ariff

Kuala Lumpur: Calon Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bertanding menentang beliau pada pilihan raya berkenaan.

Katanya, beliau lebih gembira jika tidak ada sebarang pertandingan pada PRK itu.

“Saya menyambut baik sebarang pertandingan tapi saya lebih gembira kerana UMNO tidak meletakkan calon.

“Namun, nampaknya saya kena berdepan dengan calon bebas,” katanya pada sidang media selepas memberikan Syarahan Negarawan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semalam.

Kelmarin, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN boikot dan tidak meletakkan calon kerana pertandingan itu hanya memenuhi cita-cita politik tertentu dan pengosongan kerusi itu tidak demokratik.

Setakat ini, seorang calon bebas menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi itu, personaliti Twitter, Stevie Chan Keng Leong.

Difahamkan Parti Rakyat Malaysia juga bakal meletakkan calon mereka untuk PRK berkenaan.

Disiarkan pada: September 26, 2018 @ 11:24am
d