mutakhir

Saya makin sihat - Muhyiddin

Oleh Manirajan Ramasamy dan Mohd Iskandar Ibrahim

MENTERI Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini semakin sihat selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas yang dikesan pada peringkat awal.

Katanya, beliau bagaimanapun masih menjalani rawatan kemoterapi susulan pembedahan membuang ketumbuhan terbabit.

“Kehadiran saya hari ini adalah untuk membuktikan yang saya masih hidup dan sihat. Keadaan saya semakin baik selepas menjalani rawatan kemoterapi.

“Pada 1 Oktober ini, saya akan membuat satu lagi rawatan kemoterapi. Secara umumnya, saya berasa lebih sihat sekarang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi BERSATU di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada Ogos lalu.

Susulan daripada pembedahan itu, beliau yang juga Presiden BERSATU terpaksa menjalani kemoterapi sebagai sebahagian rawatan susulan.

Disiarkan pada: September 27, 2018 @ 4:13pm
d