mutakhir

Pegawai tentera, anak maut dalam nahas

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

PEGAWAI tentera dan anak lelakinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Jemaluang, Kota Tinggi menghala ke Mersing, Kota Tinggi, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang, mangsa Mohd Bashah Othman, 53, dan anaknya Muhammad Nurshafiq, 24, maut di lokasi kejadian selepas Honda City dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Hilux.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mersing Jaafar Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.42 petang sebelum sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa yang tersepit dalam kenderaan berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Seorang lelaki yang cedera dipercayai pemandu Toyota Hilux dihantar ke Hospital Mersing bagi mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi.

Disiarkan pada: September 28, 2018 @ 6:42pm
d