mutakhir

[UPDATE] Direman empat hari...

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LAPAN individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Mereka terdiri enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berusia 27 hingga 36 tahun, selain seorang warga Vietnam dan ahli perniagaan wanita berusia 49 tahun.

Peguam enam pegawai Imigresen itu Mohamad Zahid Ahmad berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.

“Pegawai penyiasat meminta tempoh reman selama tujuh hari, namun pihak mahkamah membenarkan reman selama empat hari sehingga Selasa ini.

“Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya ketika ditemui di IPD Dang Wangi.

Berita berkaitan

[UPDATE] JIM tidak berkompromi...

Enam pegawai Imigresen ditahan SPRM

Disiarkan pada: September 29, 2018 @ 2:58pm
d