mutakhir

Isa Samad yakin menang

Oleh Mohd Khidir Zakaria

CALON Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad, yakin boleh menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Dalam sidang medianya selepas penamaan calon semalam, Mohd Isa, 69, yakin kedudukannya sebagai anak jati Port Dickson akan memudahkan kempen kerana sudah dikenali pengundi.

“Saya masuk bertanding sebab yakin boleh menang.

“Tiada strategi lain melainkan terus berkempen rumah ke rumah berjumpa pengundi.

“Mereka kenal saya dan itu adalah sedikit kelebihan yang saya ada sebagai anak tempatan,” katanya.

Katanya, PRK Port Dickson sama dengan pilihan raya lain dan tidak dilihat sebagai luar biasa.

Mohd Isa yakin peluangnya untuk menang tetap ada walaupun berdepan enam calon termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disiarkan pada: September 29, 2018 @ 4:56pm
d