mutakhir

Ditemui mati selepas 15 jam

Oleh Safuri Kamarudin

LELAKI yang dilaporkan hilang di Bukit Charok Selut, Dalam Wang, Baling, semalam ditemui mati, hari ini.

Muhamad Danies Jamaludin, 45, dari Taman Desa Lili, Batu 42, Pulai, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat, jam 9.50 pagi.

Mangsa ditemui kira-kira 20 meter dari sebuah tasik buatan dalam keadaan terbaring dan dipercayai sudah meninggal duni,a malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa, Mohd Riduan Abu Malek berkata, mangsa ditemui di tepi pokok kayu berhampiran tasik berkenaan.

“Mangsa kemudian diserah kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat,” katanya.

NSTP semalam melaporkan seorang lelaki hilang selepas anaknya meninggalkannya sementara di tepi kebun bagi meminta bantuan penduduk apabila dia mengadu sesak nafas.

Mangsa, pergi ke kawasan bukit itu bersama anaknya Mohd Fikri Hafis, 11, untuk melihat tanah kebun jam 2 petang, sebelum mereka keluar tiga jam kemudian.

Berita berkaitan

Mana ayah?

Disiarkan pada: September 30, 2018 @ 12:27pm
d