mutakhir

Najib tiba di Menara KPJ

Oleh Hasbi Sidek

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan berhubung siasatan terhadap 1MDB.

Terdahulu, Najib tiba di menara berkenaan 9.40 pagi, namun tidak melalui lobi utama.

Kira-kira 30 wakil media dari pelbagai agensi berkumpul di lobi menara itu seawal 8.30 pagi.

Turut kelihatan beberapa anggota polis berada di lokasi selain sepasukan Unit Tempur Ringan (LSF) juga dikerahkan ke lokasi.

JSJK Bukit Aman sebelum ini dilaporkan akan memanggil semula Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung siasatan kes 1MDB.

Pengarahnya Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dilaporkan berkata, pihaknya memerlukan maklumat daripada pasangan terbabit untuk membantu siasatan.

Manakala, Rosmah juga dipanggil untuk dirakam keterangan dan mengenal pasti barangan dirampas.

Disiarkan pada: October 3, 2018 @ 10:57am
d