mutakhir

11 premis urut dalam satu kompleks!

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

SERAMAI 24 warga asing yang menyediakan perkhidmatan seks ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman.

Ia selepas polis menyerbu 11 premis refleksologi di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jalil, hari ini.

Serbuan bermula pada jam 3 petang menyasarkan premis yang menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan dijalankan selepas risikan selama seminggu.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua warga asing berkenaan bekerja tanpa permit. Ada antara mereka menawarkan khidmat seks.

"Pelanggan perlu membayar RM200 untuk mendapatkan khidmat seks," katanya.

Rohaimi berkata, sembilan individu yang ditahan adalah warga Vietnam, warga China (9), warga Thailand (5) dan seorang wanita Indonesia.

"Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai penjaga premis di salah satu premis.

"Polis turut merampas dua kondom, wang tunai RM105, lapan minyak urut dan lapan helai tuala," katanya.

Katanya, semua wanita yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sri Petaling untuk proses dokumentasi.

Disiarkan pada: October 3, 2018 @ 7:09pm
d