mutakhir

Kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas

Oleh Wartawan NSTP

ENAM anggota bomba lemas ketika operasi menyelamat remaja Mohd Ilham Fahmi Mohd Azzam, 17, di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, semalam.

Mereka ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang.

Manakala, dari BBP Shah Alam pula adalah Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Berikut adalah kronologi kejadian enam anggota bomba lemas

6.30 Petang

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.

8.55 malam

Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya adalah dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam

Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

-Mereka mengikat tali panjang antara satu sama lain.

-Dari tebing dihulurkan tali perlahan lahan semasa penyelam merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.

-Oleh kerana arus aliran air lombong kuat, tiba-tiba ia menarik seorang demi seorang ke dalam arus deras berkenaan.

9.45 malam

Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam

Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas di tempat kejadian

11.30 malam

Semua enam jenazah anggota bomba berkenaan dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 1:55pm
d