mutakhir

Tabung bantu mangsa tsunami Palu

Oleh Yusmizal Dolah Aling

JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melancarkan tabung #JAWICAKNASULAWESI susulan kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, Sulawesi Tengah pada 28 September lalu.

Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, tabung itu akan digerakkan di semua 84 masjid, 110 surau Jumaat dan 524 surau di seluruh Wilayah Persekutuan bagi meringankan beban mangsa bencana alam itu.

Menurutnya, ia turut mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membantu penduduk yang terjejas.

Katanya, berikutan itu mereka yang ingin memberi sumbangan terutamanya di Wilayah Persekutuan boleh menyalurkan sumbangan di masjid atau surau berkenaan.

“Kita juga sedang berbincang untuk ke sana dan melihat apa yang boleh dibantu. Ada juga yang tanya apakah JAWI akan menghantar pasukan untuk membantu pengurusan jenazah di sana.

“JAWI juga mengucapkian takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan terjejas serta berharap semoga mereka bersabar dengan ujian ini,” katanya.

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 3:24pm
d