mutakhir

'Ini ujian terbesar kami...'

Oleh Mohd Khidir Zakaria

“SAYA perlu kuatkan semangat kerana ini ujian terbesar dalam hidup,” kata , Norshamiza Salleh, 31, isteri Adnan Othman yang terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Puchong, Selangor.

Ketika ditemui selepas selesai pengebumian hari ini, Norshamiza berkata, dia reda apabila suaminya pergi ketika sedang menjalankan tugas mencari mangsa lemas.

“Saya perlu kuatkan semangat demi anak-anak. Bagi saya ini adalah ujian terbesar dalam hidup, namun saya reda.

“Saya perlu fikir kerana selepas perlu bersendirian menjaga dua anak (Aisyah Damia, 5 dan Alia Maisara, 2).

“Buat masa ini saya akan kembali ke rumah kami di Sungai Buloh (Selangor)," katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Jumaat, Lukut tengah hari ini.

Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 3:38pm
d