mutakhir

Polis cari pelakon Intan Najuwa

Oleh BERNAMA

POLIS sedang mengesan seorang pelakon wanita Intan Najuwa Abd Wahid, 21, bagi menjadi saksi perbicaraan membabitkan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jurucakap polis, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam satu kenyataan berkata turut dikesan bagi menjadi saksi kes yang sama ialah Anwaruddin Mohd Izzuddin,21, dan Mohd Nizam Ali, 37.

“Kesemua mereka adalah saksi penting dan dikehendaki hadir pada 8 hingga 10 Oktober ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam,” kata kenyataan itu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Fitri Farhan Wan Chik di talian 017-2952202.

Disiarkan pada: October 4, 2018 @ 4:14pm
d