mutakhir

Diserbu ketika tengah mengurut

Oleh Nordiana Shafiee

TUJUH wanita tukang urut warga Thailand ditahan dalam satu serbuan di premis pusat refleksologi di Kuah, Langkawi, semalam.

Dalam Op Mega 3.0 bermula 3 petang yang disertai tujuh anggota Jabatan Imigresen Kedah, seramai 10 orang diperiksa termasuk tujuh wanita terbabit.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya mendapati tujuh wanita berusia antara 21 hingga 43 tahun itu melakukan kesalahan imigresen.

Katanya, ketika serbuan itu, ada antara mereka yang sedang mengurut pelanggan.

“Ada juga yang ditahan ketika cuba bersembunyi di belakang kerusi urut di bahagian hadapan pusat refleksologi ini.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tujuh wanita ini melakukan kesalahan melanggar syarat pas diberikan dengan bekerja sebagai tukang urut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Zuhair berkata, kesemua wanita terbabit akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik untuk siasatan lanjut.

Disiarkan pada: October 5, 2018 @ 8:45am
d