mutakhir

Saiful tak gentar hadapi jentera besar pesaing

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Veena Babulal

Port Dickson: Calon Bebas, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak gentar dengan kehadiran besar jentera pesaingnya yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Sebaliknya, Mohd Saiful Bukhari, 33, positif walaupun tidak mempunyai jentera besar membantunya sepanjang tempoh kempen menjelang hari pengundian pada 13 Oktober ini.

“Masing-masing ada kekuatan dan saya ada cara tersendiri. Selain berkempen secara bersemuka, saya menggunakan medium media sosial serta pendekatan teknologi lain yang ada.

“Saya tidak gentar dengan lawan yang mempunyai jentera yang ramai di belakang mereka.

“Kalau takut, saya tidak akan masuk bertanding,” katanya selepas mengadakan tinjauan mesra bertemu pengundi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Intan Perdana di sini, semalam.

Menurutnya, penduduk ditemui memberi maklum balas positif.

Disiarkan pada: October 5, 2018 @ 10:51am
d