mutakhir

Broker bergelar Datuk ditahan SPRM

Oleh Hashini Kavishtri Kannan

SEORANG broker jualan kenderaan bergelar 'Datuk' ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek dipercayai proksi kepada seorang Ahli Parlimen yang sudah ditahan SPRM berhubung kes sama, baru-baru ini.

Sumber itu turut memaklumkan, lelaki berkenaan berperanan sebagai ‘runner’ dalam urusan pemindahan wang rasuah membabitkan syarikat kontraktor.

"Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

"Penahanan terbaharu itu menjadikan empat individu direman sejak 26 September lalu termasuk Ahli Parlimen berkenaan berhubung kes sama," katanya.

Disiarkan pada: October 5, 2018 @ 3:19pm
d