mutakhir

Anak lelaki Azeez Rahim ditahan

Oleh Irwan Shafrizan Ismail

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, menahan anak lelaki Datuk Seri Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.

Menurut sumber, suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada jam 12 tengah hari di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.

Difahamkan, siasatan SPRM ketika ini dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Disiarkan pada: October 5, 2018 @ 4:49pm
d