mutakhir

Bayi sudah digigit anjing...

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

BAYI lelaki ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan PSK1, Seri Kembangan, di Serdang, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki pada 4.13 pagi.

"Ketika ditemui, terdapat kesan cedera di bahagian kaki dan lutut bayi berkenaan dipercayai digigit anjing.

"Bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Serdang dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Rosdi berkata, bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam beberapa hari lalu dan bangsa bayi berkenaan belum lagi dikenal pasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan buang bayi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bagi membantu siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: October 7, 2018 @ 11:17am
d