mutakhir

Kaki kanan berlumuran darah!

Oleh Ramli

LELAKI terpaksa menunggang motosikal ke Hospital Gua Musang (HGM) dengan kaki kanannya berlumuran darah selepas digigit anjing di Jalan Kampung Pulai, di Gua Musang.

Dalam kejadian jam 5 petang semalam itu, Mohd Suhaimi Hassan, 32, dalam perjalanan pulang ke rumah di bandar ini selepas membaiki motosikalnya di sebuah bengkel di Kampung Pulai.

Mohd Suhaimi berkata, apabila melalui hadapan sebuah rumah kedai, secara tiba-tiba dia dikejar dua anjing dipercayai milik pemilik premis itu.

“Saya cuba memecut motosikal namun, seekor daripada anjing itu sempat menggigit kaki kanan sehingga saya terjatuh motosikal.

“Saya kemudian bangun semula dan menghalau dua anjing itu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurutnya, dalam keadaan kakinya berlumuran darah, dia menunggang motosikal ke HGM yang terletak kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian dan diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Katanya, dia bercadang membuat laporan polis dalam masa terdekat supaya tindakan diambil untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Disiarkan pada: October 7, 2018 @ 3:29pm
d