mutakhir

Tiga pelajar parah, 10 cedera [METROTV]

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

TIGA pelajar parah, manakala 10 lagi cedera ringan selepas van dinaiki terbabas sebelum terbalik dalam kemalangan di Jalan Bukit Tunggal di Kuala Nerus, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 pagi, pemandu van, Liom Khing Jong, 55, turut patah bahu kiri.

Difahamkan, ketika kejadian, van sekolah terbabit dalam perjalanan dari arah Batu 6 ke Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu Superintendan Abd Razak Hasan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah pacuan empat roda dari arah Jalan Padang Air menghala ke Kuala Terengganu dikatakan mengelak sebuah kenderaan sebelum melanggar belakang van.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan van sekolah itu terbabas dan terbalik, manakala pacuan empat terbabas sehingga melanggar pokok di pembahagi jalan

"Semua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: October 7, 2018 @ 4:11pm
d