mutakhir

Minta tangguh gali semula kubur CEO

Oleh Wartawan NSTP

ISTERI Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Samirah Muzaffar, mengemukakan permohonan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya, hari ini bagi menangguhkan penggalian semula kubur Allahyarham Nazrin Hassan

Permohonan itu dikemukakan Samirah melalui peguam LS Leonard berikutan penggalian semula kubur di mana jenazah Nazrin akan dijalankan kira-kira jam 10 pagi.

Pasukan forensik polis dipercayai tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara, jam 8.30 pagi tadi

Penggalian semula berkenaan dijalankan atas permintaan abang kandung Nazrin, Dr Malek Hassan, supaya bedah siasat kedua dapat dilakukan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam, memperbetulkan perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya berkaitan penggalian semula kubur

“Sesuatu permohonan inkues tidak boleh dijalankan selagi hasil dan laporan lengkap siasatan tidak diserahkan kepada Majistret.

“Berikutan itu, saya memperbetulkan perintah itu kepada Seksyen 329 (3) kanun sama yang memperuntukkan kuasa penuh kepada polis bagi menjalankan siasatan terutama mengenal pasti punca sebenar kematian (Nazrin),” katanya.

Berita berkaitan

Tetap syarat gali kubur CEO [METROTV]

Kubur CEO Cradle Fund digali semula... [METROTV]

Disiarkan pada: October 8, 2018 @ 10:21am
d